Keluaran dan sambutan Bukan_Cinta_Malaikat

Bukan Cinta Malaikat dikeluarkan pada 13 Julai 2017 di Indonesia[9] dan pada 28 Januari 2018 di Malaysia. Treler rasmi filem ini dikeluarkan pada 24 Mei 2017 bersempena dengan sambutan bulan puasa Ramadan.[10] Majlis tayangan amal filem ini diadakan di MBO Starling Mall, Damansara dan dianjurkan oleh Akademi Remaja Islam Austime (Arisma).[11] Filem ini mendapat ulasan positif dari pengkritik filem. Shazryn Mohd Faizal, menulis untuk mStar Online mendapati impak dan momentum filem ini tidak membuahkan hasil seperti mana yang boleh dilakukan terutamanya untuk mengangkat imej wanita Islam di kaca mata kaum sejenisnya dan juga kaum lelaki sendiri.[12] Dalam ulasan untuk Kompasiana, Irvan Sjafari melihat Bukan Cinta Malaikat sebagai sebuah "filem dengan idea yang cemerlang, tetapi hasilnya tidak membuahkan hasil".[13][lower-alpha 1]

Pada September 2018, Bukan Cinta Malaikat disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 filem Malaysia dengan kutipan pecah panggung terendah bagi tahun 2018 oleh Sinar Harian, bersama-sama Makrifat Cinta dan Hantu Wangan dan tujuh lagi filem.[5]

Rujukan

WikiPedia: Bukan_Cinta_Malaikat http://www.imdb.com/Title?Bukan+Cinta+Malaikat/ http://www.tribunnews.com/seleb/2017/07/11/film-bu... http://www.tribunnews.com/seleb/2017/07/16/ini-pel... http://www.kosmo.com.my/hiburan/mesej-tersirat-dal... http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2018/02/01/... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/top-10-filem... https://www.kapanlagi.com/showbiz/film/indonesia/b... https://www.kapanlagi.com/showbiz/film/indonesia/j... https://www.kompasiana.com/jurnalgemini/596cbda4f7... https://www.kompasiana.com/saepullahabuzaza/59278c...